Caprice ketika melakukan lawatan ke Hospital Palestin di Kaherah.
Caprice ketika melakukan lawatan ke Hospital Palestin di Kaherah.
Oleh Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur :Penyanyi, Caprice berkongsi aktiviti kemanusiaan yang dilakukannya setibanya di Kaherah, Mesir yang bermula semalam.

Dalam hantarannya di Instagram, Caprice memaklumkan mengenai misi lawatan ke Hospital Palestin di Kaherah untuk melawat seorang wanita dari Gaza.

"Hampir 18 jam tak tidur, sampai Mesir terus ke Hospital Palestin untuk melawat seorang ibu dari Gaza dan anaknya yang menggunakan alat bantuan pernafasan dan memerlukan alatan bantuan pernafasan baru.

"Terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Kaherah dan Humanitarian Mission 4 Palestine untuk sokongan anda," tulisnya.

Sebelum itu, Caprice memohon doa daripada rakyat Malaysia supaya misinya ke Kaherah dan Gaza dipermudahkan.

"Tolong doakan saya, Malaysia. Di saat akhir, saya dapat kebenaran untuk ke Kaherah - Gaza. Cuma kena 'terbang' seorang.

"Maafkan segala salah silap saya. Halalkan makan dan minum. Insya-Allah, satu hari saya akan banggakan anda. Demi ummah, rakyat, negara," tulisnya.

Caprice juga turut menyertakan hashtag #rapatkansaf2040 dalam hantarannya di Instagram dan Instagram Story.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 2:51 PM