Riena Diana bersama bapanya. FOTO Instagram
Riena Diana bersama bapanya. FOTO Instagram
Georgie Joseph

 

Kuala Lumpur: Pelakon Riena Diana, 24, menafikan dia berkahwin sebaliknya menerima ibu baharu menerusi hantaran gambar yang dimuat naik di Instagram Story, semalam.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, dia tidak menjangka perkahwinan bapanya, Zulreal itu membuatkan peminat salah sangka.

"Selepas saya muat naik foto itu dengan kapsyen sebegitu, saya terima banyak mesej peribadi (DM) daripada netizen yang ingat saya berkahwin. Bukan saya yang kahwin.

"Lelaki dalam gambar itu adalah bapa saya dan ucapan serta luahan rasa syukur itu sebab saya terima kehadiran ibu baharu semalam. Bukannya saya yang berkahwin tapi bapa saya," katanya.

Ibu bapa kandung Riena sudah bercerai sejak dia berusia 14 tahun. Justeru, pelakon drama Kampung People itu sangat teruja dengan perkahwinan terbaharu bapanya semalam.

Terdahulu, Riena memuat naik gambar berserta kapsyen mengucapkan syukur serta tahniah buat dirinya sehingga menerima banyak mesej ucapan tahniah.

Dalam pada itu, penyampai radio Hot FM berkenaan memaklumkan hubungan dengan kekasihnya dikenali sebagai Nik Afiq baik-baik saja namun belum terfikir menamatkan zaman bujang.

"Alhamdulillah, saya dan kekasih baik-baik saja. Tapi seperti saya katakan sebelum ini, soal kahwin bukan fokus utama saya buat masa sekarang," katanya.

Riena mencuri tumpuan sebelum ini selepas memberi ucapan romantis kepada Nik Afiq sempena ulang tahun kelahiran teman lelakinya itu di media sosial.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 11:25 AM