TASHA Shila selamat melahirkan anak sulungnya.
TASHA Shila selamat melahirkan anak sulungnya.
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon Tasha Shilla, 34, selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta, semalam.

Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak berterima kasih kepada semua yang mendoakan kelahiran anaknya bersama suami, Muhammad Atiq Idris itu.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.

"Terima kasih pada semua yang sudah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa. Saya sangat hargai pada semua pihak yang membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, pasukan perubatan di hospital.

"Dan yang paling istimewa dalam hidup saya, suami, Atiq Idris, 'thank you so much' berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. Saya cinta kamu sepenuh hati," katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 28 Februari, tahun lalu. Terdahulu, mereka mengumumkan pertunangan selepas dua bulan berkenalan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 April 2021 @ 3:51 PM