Tasha Shilla hamil anak kedua.
Tasha Shilla hamil anak kedua.

Kuala Lumpur: Pelakon Tasha Shilla mengesahkan dia kini hamil anak kedua.

Tasha menerusi hantaran di Facebook memohon doa orang ramai agar kehamilan keduanya itu dipermudahkan.

"Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya. Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik, Insya-Allah. Jaga diri semua, jaga kesihatan dan semoga berjaya dunia akhirat," katanya.

Dalam masa sama, Tasha turut mendoakan pasangan yang masih menanti zuriat diberikan rezeki itu.

"Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yang masih menanti, semoga pada masa akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT," katanya.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada 23 Februari 2020.

Pasangan itu dikurniakan anak pertama iaitu lelaki pada 24 April tahun lalu dan diberi nama Raees Zander.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 4:34 PM