Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar.
Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar.
Agensi

Jakarta: Kementerian Penyiaran Indonesia (KPI) akhirnya membenarkan stesen television RCTI untuk menyiarkan siaran langsung pernikahan YouTuber terkenal, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah pada hari ini. 

   Bagaimanapun, tayangan majlis pernikahan itu harus memenuhi beberapa syarat sebelum benar-benar diizinkan.

   Keputusan ini dibuat berdasarkan pertemuan yang diadakan KPI dengan beberapa pihak.

   Selain itu, KPI juga sudah melakukan pertemuan secara virtual dengan RCTI untuk mendapatkan jalan tengah yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

   KPI menilai RCTI melakukan tayangan terbaik dari acara lamaran sehingga ke acara siraman, baru-baru ini.

   Ia juga menjadi salah satu alasan KPI untuk akhirnya membenarkan acara pernikahan Atta dan Aurel mendapat kebenaran disiarkan RCTI.

   Syarat pertama ditetapkan KPI untuk penayangan siaran langsung pernikahan pasangan ini ialah tayangan terbabit perlu mengandungi pembelajaran.

   Ketua KPI, Mulyo Hadi Purnomo berkata program ini perlu tampil dengan nilai pembelajaran kerana mereka mempunyai ramai peminat, selain tayangan terbabit perlu dihadkan masa kurang dua jam. 

   "Kami juga berharap acara ini menampilkan pengacara untuk bercerita mengenai pakaian kebudayaan dipakai pengantin?," katanya. 

   Seperti diketahui, perjalanan perkahwinan pasangan ini sudah ditayangkan secara langsung di stesen TV untuk disaksikan penonton.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 12:28 PM