Atta (kiri) bersama isterinya, Aurel ketika majlis perkahwinan mereka, baru-baru ini. FOTO AGENSI
Atta (kiri) bersama isterinya, Aurel ketika majlis perkahwinan mereka, baru-baru ini. FOTO AGENSI
Agensi

Jakarta: YouTuber popular Indonesia Atta Halilintar disahkan positif Covid-19 buat kali kedua semalam.

Kali pertama disahkan positif virus itu ialah sebelum dia melangsungkan pernikahan dengan isterinya Aurel Hermansyah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aurel yang juga anak sulung penyanyi Anang Hermansyah kini sedang menunggu keputusan ujian swab PCR-nya yang belum keluar.

Dalam tempoh itu, Aurel terpaksa menjalani kuarantin sendiri dan berpisah dengan Atta.

Menerusi laporan portal Kompas.com yang dipetik daripada akaun Instagram, Atta berkata, doktor tidak membenarkan isterinya ke mana-mana selama lima hari untuk melihat perkembangannya.

Pada mulanya Atta menyangka Aurel yang positif Covid-19 kerana isterinya

menunjukkan gejala seperti selsema.

"Sejak semalam dia yang sakit badannya dan bersuara sengau, saya ingatkan isteri yang positif, tapi rupa-rupanya saya," tulisnya.

Atta juga meminta orang-orang yang bertemu dengannya atau Aurel untuk segera melakukan ujian swab.

Dia berharap segera sembuh dan boleh menyambut Aidilfitri dalam keadaan sihat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 11:24 AM