Coach Yin bersama isterinya.
Coach Yin bersama isterinya.
Wartawan Harian Metro


Kuala Lumpur: Bekas kekasih kepada usahawan kosmetik,  Nur Sajat, iaitu Coach Yin selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya dikenali,  Yeen Azmin dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Coach Yin menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebahagiaannya.

"Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa mendoakan kami. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar," tulisnya.

Mengenakan busana sedondon serba putih, Coach Yin berkongsi foto-foto perkahwinannya yang dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.

Perkongsian Coach Yin di Instagram turut dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah yang mendoakan agar rumah tangga dibina bersama isterinya kekal bahagia, selain ada komen-komen perli dan negatif.

Terdahulu pada tahun 2017, kisah hubungan cinta membabitkan Coach Yin dan Nur Sajat mendapat perhatian ramai sehingga

menimbulkan pelbagai kontroversi sepanjang pasangan itu menjalin hubungan asmara.

Dalam pada itu, polis sudah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang dikenakan waran tangkap kerana tidak hadir sebutan semula kes di mahkamah berhubung isu menghina Islam.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Difahamkan Nur Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 5:19 PM