Paris Hilton
Paris Hilton
Agensi

 

Selebriti terkenal, Paris Hilton mendedahkan dirinya pernah ditawarkan menjadi model untuk patung seks.

Menurut wanita berusia 40 tahun itu, dia berasa terkejut apabila didatangi pemilik pembuatan patung seks yang tergamak menawarkan idea terbabit kepadanya..

"Syarikat itu mahu membuat patung seks yang miirp dengan Paris Hilton. Lantas saya mengatakan perkara ini adalah hal terakhir yang akan saya lakukan dalam hidup," katanya.

Hilton berkata, dia menganggap tawaran yang ingin dijual kepada peminat adalah sesuatu yang menyeramkan.

"Saya tolak permintan mereka. Saya tidak menjangka mereka datang bertemu untuk menawarkan kerjasama sebegini. Ia sungguh menyeramkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 4:03 PM