BTS derma pakaian.
BTS derma pakaian.
Agensi

Seoul: Kumpulan BTS memutuskan untuk mendermakan pakaian digunakan dalam video muzik Life Goes On kepada pihak Grammy.

Tujuan didermakan adalah untuk melelong pakaian itu di acara tahunan Grammy Week.

Menerusi laporan Billboard, BTS sudah menyerahkan tujuh set kostum yang dipakai tujuh anggotanya dalam video Life Goes On.

Tujuh set kostum itu akan dilelong dalam acara amal Grammy 2021 yang diadakan secara virtual bermula semalam hingga 23 Mac ini.

Acara yang turut membabitkan selebriti yang dicalonkan dalam Grammy Awards itu boleh dilihat menerusi laman web Charitybuzz.

Kesemua hasil lelongan akan disalurkan kepada Muzium Grammy dan organisasi amal terpilih yang memfokuskan kepada program pendidikan muzik.

Terdahulu, BTS pernah melelong beberapa koleksi peribadi mereka seperti pakaian dan set mikrofon. Mereka juga pernah melelong pakaian dalam muzik video Dynamite pada harga RM81,500 hingga RM163,000.

Dalam penganjuran Grammy Awards tahun ini, BTS tercalon dalam kategori Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mac 2021 @ 5:50 PM