BTS. FOTO AFP
BTS. FOTO AFP
Syafil Syazwan Jefri


Kumpulan Kpop terkemuka, BTS mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya tercalon dalam anugerah berprestij dunia, Grammy Awards.

Menerusi senarai pencalonan yang dikeluarkan hari ini, BTS tercalon dalam kategori Duo Pop Terbaik/Persembahan Berkumpulan menerusi lagu Dynamite.

Di media sosial, peminat BTS mula memenuhi pelbagai platform dengan ucapan tahniah dan rasa teruja.

"Mereka adalah tujuh orang dengan satu impian. Mereka berjaya melakukannya. Kerja keras mereka kini membuahkan hasil," tulis salah seorang peminat di Twitter.

Sementara itu, BTS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pencalonan ini.

Untuk anugerah itu, BTS menghantar tujuh penyertaan dalam tujuh kategori, namun hanya satu kategori yang berjaya ditembusi.

Selain Dynamite, empat lagu lain yang tercalon dalam kategori sama ialah Un Dia (J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny & Tainy), Intentions (Justin Bieber feat Quavo), Rain On Me (Lady Gaga dan Ariana Grande) dan Exile (Taylor Swift feat Bon Ver).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 10:05 AM