FAUZI menyiram air ke atas pusara bapanya, Jamali Shadat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang. FOTO Faiz Anuar
FAUZI menyiram air ke atas pusara bapanya, Jamali Shadat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang. FOTO Faiz Anuar
Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Jenazah pelawak veteran Datuk Jamali Shadat, 78, selamat dikebumikan pada jam 4.15 petang hari ini di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Klang.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Indah, Klang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Jenazahnya disolat di Masjid Ar-Rahman, Pulau Indah. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran keluarga dan saudara-mara terdekat yang dihadkan kehadiran akibat penularan Covid-19.

Anaknya Fauzi Jamali, 49, berkata, sejak malam tadi bapanya menolak apabila disuapkan makanan.

"Anak saya tidur di bilik sebelah menemani datuknya tapi dia tak perasan apa-apa yang berlaku pagi tadi.

"Sekitar jam 8 pagi, isteri saya datang ke rumah bapa untuk kejutkan dia dan mandikan serta bagi sarapan. Dia dapati bapa tak bangun apabila dikejutkan dan terus menghubungi saya," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir membantu menguruskan jenazah bapanya.

Fauzi berkata, apabila sampai dia mendapati bapanya sudah meninggal dunia dan dia terus menghubungi kakitangan perubatan untuk bantuan.

"Sebaik tiba mereka buat pemeriksaan dan mengesahkan bapa sudah meninggal dunia," katanya.

Berita berkaitan

YKAT akan hulur sumbangan buat keluarga Jamali Shadat

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Jamali Shadat

Hamid Gurkha sedih tak dapat ziarah arwah Jamali Shadat

Jamali Shadat meninggal dunia [METROTV]

Jamali Shadat dah ada selera makan

'Telefon tak berhenti berbunyi'

Jamali Shadat dah kurang selera makan, makin uzur

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2021 @ 5:40 PM