REA. FOTO Arkib NSTP
REA. FOTO Arkib NSTP
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Penyampai radio Kool FM, Rea disahkan bebas wabak Covid-19 sejak 25 Januari lalu.

Anaknya perempuannya, Dhia Madeena yang bersusia enam bulan yang turut dijangkiti wabak itu turut disahkan bebas.

Bagaimanapun, suaminya yang juga anggota Drama Band, Faeez Ikhwan masih dalam tempoh pemerhatian dan kuarantin.

"Alhamdulillah, saya sudah bebas Covid-19 sejak 25 Januari lalu dan pada hari sama juga memulakan kerja semula. Tapi buat masa sekarang masih bekerja dari rumah.

"Pada tarikh berkenaan saya pergi klinik kesihatan dengan bawa anak bersama. Selepas buat pemeriksaan dan tidak ada gejala, kami diberi surat pelepasan. 

"Cuma, Faeez dia tak dapat surat lagi sebab dia ada gejala batuk. Saya pun tak faham kenapa dia tak dapat sedangkan sepupu saya di Johor kes sama dengan Faeez, tapi sudah dapat pelepasan. Lagi pula tempoh kuarantin dah habis. Mungkin setiap tempat berbeza prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Rea memaklumkan, suaminya diminta untuk membuat pemeriksaan lanjut semula hari ini.

"Pada endapat saya mereka patut selaraskan benda ini. Insya Allah, hari ini Faeeza akan buat pemeriksaan sekali lagi.

"Bagi saya, kuarantin sebab Covid-19 dengan kuarantin sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua perkara berbeza. 

"Dijangkiti Covid-19 memang kena lagi kuat mental. Sebabnya tidak tahu status kita mcm mana. Mahu keluar rumah pun takut selagi doktor tidak sahkan kita bebas wabak ini," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Rea sekeluarga disahkan positif Covid-19 pada 13 Januari lalu.

 

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 2:27 PM