SHAHRIZA Mahmud.
SHAHRIZA Mahmud.
Ridzuan Abdul Rahman

 

Kuala Lumpur: "Za (Shahriza) sudah mulai sedar tapi masih dibawah alat bantuan pernafasan. Alhamdulillah," kata Saddiq Raffali, suami pelakon Shahriza Mahmud berkenaan situasi terkini isterinya.

Saddiq, 40, berkata, isterinya juga sudah tidak demam berbanding hari sebelumnya.

"Doktor sedang menjadualkan pemeriksaan ultrasound untuk melihat bahagian abdomen. Ujian swab juga disahkan negatif," katanya kepada Harian Metro.

Shahriza, 55, dikejarkan ke Hospital Putrajaya, Ahad lalu akibat demam panas selain meracau.

Pemeriksaan doktor mendapati ada jangkitan kuman pada darah dan paru-paru dan dia diberikan ubat antibiotik yang paling kuat.

Keadaannya juga dilaporkan kritikal apabila masih tidak sedarkan diri sehinggalah menunjukkan respon positif hari ini.

Sementara itu Saddiq berterima kasih dengan keprihatinan Persatuan Seniman dan Persatuan Penulis serta peminat yang bersimpati dan mendoakan kesembuhan isterinya.

"Sebagai suami saya bersyukur kerana Shahriza dikurniakan kawan-kawan yang prihatin yang sentiasa mendoakan kesihatannya.

 "Allah sahaja yang dapat balas budi mereka. Saya nak minta semua terus mendoakan agar Shahriza cepat sembuh dan dapat melawan jangkitan kuman. Saya tahu dia seorang pejuang yang kuat," katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 1:25 PM