X
AKSI Shuib pada program Sepahtu Reunion
AKSI Shuib pada program Sepahtu Reunion
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my

 

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu tampi membuat permohonan maaf secara terbuka selepas aksinya memarut kelapa pada program Sepahtu Live Reunion didakwa berunsur lucah.

Shuib berkata, dia sama sekali tidak berniat sebegitu melainkan hanya untuk melawak.

"Minggu lepas di Sepahtu Reunion pada hari Khamis, ada satu babak tu saya buat memarut kelapa.

"Jadi babak tu dah jadi kontroversi pula. Jadi di sini saya dengan rendah dirilah nak memohon maaf kepada mereka yang terasa hati, kepada mereka yang rasa babak tersebut tidak patut dilakukan.

"Saya nak beritahu, ikhlas daripada hati saya, ketika melakukan babak itu, saya tidak ada maksudkan apa-apa. Tak ada nak pergi ke lucah ke, tak ada.

"Saya hanya nak buatkan orang ketawa sahaja. Tiada niat apa-apa. Tapi itulah, kalau kata ada yang terasa hati, saya minta maaf banyak-banyak," katanya.

Menerusi video dimuat naik di Instagram, Shuib yang juga suami kepada penyanyi, Siti Sarah berjanji untuk tidak mengulangi perkara sama.

"Insya Allah, ke depan saya tidak akan buat lagilah benda-benda yang macam itu," katanya yang turut meminta ramai agar terus menyokong program lawak berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 2:17 PM