FENDY dan isteri ketika majlis persandingan mereka.
FENDY dan isteri ketika majlis persandingan mereka.
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON yang dikenali menerusi drama bersiri Mr Grey, Fendy Bakry, 32, yang melangsungkan pernikahan di Shah Alam, kelmarin seperti tidak percaya dia kini sudah bergelar suami orang.

Fendy menerusi Instagram meluahkan perasaannya yang dia tidak pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga lebih awal.

Menurut Fendy, pada awalnya dia merancang untuk membina empayar sendiri terlebih dahulu sebelum menamatkan zaman bujang.

"Sungguh tak disangka yang saya jadi suami orang. Tak pernah terlintas di fikiran. Dulu, selalu cakap, 'Ah! Nak bina empayar dululah baru kahwin,'.

"Sebenarnya, dalam kita sudah berumah tangga pun, kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama-sama. Apatah lagi untungnya sebab ada tulang belakang yang kuat," tulisnya.

Dalam hantaran terbarunya itu juga, Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitip ucapan dan mendoakannya serta pasangan.

"Terima kasih kepada yang memberi ucapan dan doa kepada saya dan isteri. Begitu juga kami, insan biasa juga mendoakan kesejahteraan buat anda semua. Semoga kita semua berada di dalam lindungan-Nya. Insya-Allah, amin," tulisnya.

Kelmarin, Fendy dan pasangannya yang dikenali sebagai Ayu, 27, diijabkabulkan dalam majlis akad nikah di Dewan Setia Alam, Shah Alam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 5:50 PM