FENDY Bakry
FENDY Bakry
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, Fendy Bakry menepis khabar angin mengenai kematiannya yang tular di media sosial semalam. 

Dalam hantarannya di Facebook, Fendy memuat naik hantaran ringkas dan meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang meraikan Aidiladha pada tahun ini. 

"Hari itu, baru sahaja bercakap mengenai tahlil. Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk menyambut Aidiladha.

"Mujur tak tersembur ketupat," tulisnya dalam nada berseloroh di Facebook. 

Fendy turut memuat naik tangkap layar berita palsu yang disebarkan oleh satu laman Facebook yang memaparkan gambarnya yang dikepilkan kepada gambar sekumpulan individu sedang mengadakan solat jenazah. 

Harian Metro cuba menghubungi Fendy untuk mendapatkan ulasan lanjut, namun masih belum menerima maklum balas. 

TANGKAP layar dikongsikan Fendy di media sosialnya.
TANGKAP layar dikongsikan Fendy di media sosialnya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2023 @ 12:36 PM