KANYE West.
KANYE West.
Georgie Joseph 


PENYANYI rap juga komposer Kanye West mengumumkan dia bakal bertanding untuk menjadi presiden Amerika Syarikat (AS), hari ini.

West, 43, berkongsi perkara itu menerusi sebuah ciapan di Twitter dan berkata dia perlu menyelamatkan AS.

"Kita harus sedar janji Amerika untuk mempercayai Tuhan, menyatupadukan visi dan membina masa depan kita. 

"Saya mahu bertanding menjadi presiden Amerika Syarikat," katanya.

Sekali gus, kenyataannya itu mendapat perhatian ramai termasuk sokongan daripada figura terkenal. Antaranya, usahawan Elon Musk yang berkata menyokong sepenuhnya niat West itu.

Pada 2015, West pernah mengumumkan dia berhajat untuk bertanding jadi presiden AS pada tahun ini. Pengumuman itu dibuat di acara MTV VMAs. 

Suami Kim Kardashian itu juga berulang kali memaklumkan dia memang berhajat untuk tunaikan janjinya itu. Bahkan, presiden AS sekarang, Donald Trump turut berharap dapat bertanding dengannya sebelum ini.

Pilihan raya untuk pemilihan presiden baharu AS bakal berlangsung dalam tempoh empat bulan lagi. Akhirnya, West mengesahkan untuk bertanding tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 11:12 AM