AZLEE KHAIRI
AZLEE KHAIRI
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON, Azlee Khairi mengakui sedang menjalin hubungan dengan ahli perniagaan dan pengasas kosmetik yang dikenali sebagai Aniss, 22, sejak hampir setahun lalu.

Azlee, 31, yang kembali popular menerusi drama Seadanya Aku bagaimanapun belum mempunyai perancangan ke fasa seterusnya.

"Kami mula berkenalan sudah lama iaitu ketika awal-awal saya membuat kemunculan semula tahun lalu. Apabila makin hari makin ada keselesaan dalam berkawan. Cuma, saya memang takkan teruskan hubungan ke fasa yang lebih serius selagi tidak mendapat persetujuan daripada keluarga Aniss sendiri.

"Bercinta tu sebenarnya macam tak tahu bila muncul. Saya akan berjumpa dengan keluarga Aniss dulu dan mendapatkan persetujuan," katanya kepada Harian Metro.

Azlee yang pernah mencuri perhatian menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 berkata, hubungan mereka itu mendapat maklum balas positif daripada keluarga Aniss.

"Buat masa sekarang apabila bersembang dalam telefon memang positif. Tapi nak kena bercakap bertentang mata juga. Orang kata 'man to man talking' itu lebih bagus," katanya.

Ia sekali gus menjawab spekulasi perkahwinan Azlee yang sering dibangkitkan warganet.

"Ye perkahwinan sudah biasa. Sebab itu saya terbuka dalam soal perhubungan. Cuma saya tak nak lebihkan peribadi dalam kerjaya yang saya baru ceburi balik ini.

"Aniss juga tahu perkara ini dari awal perkenalan lagi. Sebab itu dia tidak mahu paksa saya untuk bercerita mengenai kehidupan saya yang lalu. Apa yang saya cerita itu pun dari semasa ke semasa yang saya selesa untuk bercerita dengan dia.

"Apa pun, saya tetap akan fokus kerjaya sama juga macam mana matlamat saya masa mula masuk semula bidang lakonan," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2020 @ 3:44 PM