Hun Haqeem dan pelakon baru, Erysha Emyra
Hun Haqeem dan pelakon baru, Erysha Emyra
Najiy Jefri


Kuala Lumpur : "Saya tak nak jawab. Tidak, tidak, tidak. Saya memang tidak mengenali hati budi sesiapa. Allahuakbar," kata pelakon, Hun Haqeem menafikan dakwaan dia sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi pelakon baru, Erysha Emyra.

Hun ketika dihubungi Harian Metro juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen media sosial mereka, ramai yang mula berteka-teki mengenai hubungan mereka.

Malah, ada juga pengikut yang mendakwa pasangan ini sedang menyulam cinta.

"Aku syak mereka ini bercintalah," tulis seorang pengikut mereka.

"Bercinta pun ok, suka tengok," kongsi netizen.

Sebelum ini, Hun dan Erysha kerap memuat naik foto bersama selepas membintangi drama bersiri, Chinta Wrong Direction.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 2:49 PM