JUSTIN Bieber. FOTO ihsan IG
JUSTIN Bieber. FOTO ihsan IG
Syafil Syazwan Jefri

 

PENYANYI, Justin Bieber mengakui perjalanan kerjaya seni dirinya banyak terinspirasi daripada budaya komuniti kulit hitam. 

Justin menerusi status dimuat naik di Instagram berkata, banyak aspek dalam dirinya dipengaruhi oleh budaya golongan itu yang akhirnya mencorak muzik dibawa. 

"Budaya kulit hitam menjadi inspirasi saya. Saya terima banyak manfaat daripada budaya mereka. 

"Gaya, cara nyanyian, tarian, persembahan dan fesyen saya semuanya ada pengaruh dan inspirasi daripada budaya kulit hitam," tulisnya. 

Tambah penyanyi lagu Love Yourself itu lagi, dia juga akan menggunakan paltform Instagram bagi mengangkat isu ketidakadilan perkauman.

Justin menerusi status dimuat naik di Instagram. FOTO ihsan IG
Justin menerusi status dimuat naik di Instagram. FOTO ihsan IG

"Bermula hari ini dan seterusnya, saya akan gunakan platform ini untuk bersuara mengenai ketidakadilan isu perkauman, layanan yang lebih telus serta bersistem dan mengenal pasti cara untuk menjadi melakukan perubahan," tulisnya. 

Justin bersuara mengenai gerakan Black Lives Matter bagi menunjukkan sokongannya terhadap kebangkitan mereka yang menuntut bela atas kematian George Floyd ketika ditahan pihak polis pada penghujung Mei lalu. 

Beberapa hari selepas berita kematian George tersebar dan wujud protes daripada pelbagai pihak, Justin juga menulis di Instagram mengenai hak komuniti kulit hitam dalam meneruskan hidup. 

Justin sebelum ini juga mengakui kesilapan masa silamnya yang disifatkan sebagai tidak berilmu dan tidak matang apabila pernah mempersendakan golongan kulit hitam, beberapa tahun lalu. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 10:01 AM