SWIFT (kiri) kurang senang dengan status yang ditulis Trump di Twitter. FOTO AFP
SWIFT (kiri) kurang senang dengan status yang ditulis Trump di Twitter. FOTO AFP
Agensi

PENYANYI popular Taylor Swift kurang senang dengan status yang ditulis Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Twitter, baru-baru ini.

Dalam satu laporan, Swift menulis kekecewaannya terhadap kenyataan tidak sensitif Trump itu menerusi Twitter, Sabtu lalu.

"Selepas membakar api perkauman kulit putih dan sepanjang pemerintahan anda punya keberanian untuk berpura-pura memiliki moral dalam kekuasaan sebelum mengugut dengan kekerasan, " tulisnya.

Swift juga berpendapat kenyataan Trump yang mahu melakukan kekasaran kepada mereka yang menyertai demonstrasi memprotes kematian George Floyd adalah tidak wajar.

"Ketika rampasan bermula, penembakan juga akan dibuat. Kami tidak akan memilih anda November nanti, " tulisnya.

Status Swift itu menerima lebih 400,000 retweet dan memperoleh hampir dua juta tanda suka (likes).

Bagaimanapun, kenyataan yang ditulis Trump itu sudah dipadam Twitter kerana melanggar terma.

Pada Isnin lalu, kematian George Floyd, 46, mencetuskan kemarahan apabila seorang pegawai polis kulit putih, Derek Chauvin bertindak di luar batas kemanusiaan ketika menahan mangsa.

Rakaman video menunjukkan Chauvin menekan lututnya di leher mangsa walaupun George berulang kali mengatakan dia tidak boleh bernafas.

Kejadian itu mencetus rusuhan hampir di seluruh Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 11:30 AM