Salman Hamat dan Amir Mamat


Melaka: Pelawak dan pelakon Angah Raja Lawak, 38, selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya Amira Asyura Abd Razak, 20, dalam majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Resort Homes, Ayer Keroh, pagi tadi.

Majlis pernikahan disempurnakan jurunikah, Mohamad Suhaimi Kassim yang juga Imam Satu Masjid Ar-Rahmah, Kampung Tun Razak Bukit Katil dengan wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin berupa seutas rantai emas dan sebentuk loket berlian.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim membawa enam dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis resepsi kedua mempelai akan berlangsung di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka, esok.

Angah ketika ditemui berkata, dia berasa bersyukur kerana mendapat peluang diijabkabul kali kedua selepas menduda hampir 10 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 11:26 AM
Angah dan Amira Asyura kini suami isteri. FOTO Salman Hamat
Angah dan Amira Asyura kini suami isteri. FOTO Salman Hamat