STATUS dikongsi Zul menerusi Instagram. FOTO IG zul_ariffin
STATUS dikongsi Zul menerusi Instagram. FOTO IG zul_ariffin
Georgie Joseph


GURAUAN lebih 10 tahun lalu di antara pelakon popular Zul Ariffin dengan Allahyarham Ashraf Sinclair mereka akan berlakon bersama sudah menjadi kenyataan menerusi filem J2 : J Retribusi yang akan ditayangkan tahun ini.

Perkara itu dikongsi Zul menerusi Instagram selepas dia menziarah kubur Ashraf di Tanah Perkuburan San Diego Hills di Karawang, Jawa Barat, hari ini.

Zul berkata, dia mengenali Ashraf ketika mereka sama-sama memulakan kerjaya dalam bidang peragaan lebih 10 tahun lalu.

“Bermula bersama dalam dunia peragaan, gagal mendapat tawaran bersama hinggalah saya ketawa terbahak-bahak apabila kamu kata nak berlakon. Saya ketawa lebih kuat apabila kamu cakap saya juga kena berlakon supaya suatu hari nanti kita boleh berlakon bersama.

“Idea itu kedengaran gila pada masa itu tetapi lihatlah kita sekarang. Selepas lebih sedekad, kita digandingkan dalam filem yang sama sebagai watak antagonis dan protagonis utama. Tiada siapa akan menyangka kita sudah pergi sejauh ini,” katanya.

Zul berkata, dia kehilangan kata-kata apabila tidak dapat mempromosi filem itu bersama Ashraf nanti.

“Tiada apa yang kurang dengan penggambaran itu dan aksi kejar-mengejar bot itu tidak terasa seperti lakonan. Kita ketawa seperti kembali kepada zaman muda dulu.

“Saya hilang kata-kata untuk menggambarkan betapa bertuahnya saya apabila impian kita untuk bekerjasama akhirnya menjadi nyata. Saya pasti kita tentu akan berseronok mempromosikan filem itu dan berkongsi tawa,” katanya.

Zul memuat naik gambar kenangan bersama Ashraf serta gambar dia menziarah kubur Allahyarham.

“Saya di sini sahabat, saya datang secepat yang boleh. Maafkan saya tidak berkesempatan untuk melakukan solat jenazah, mengangkat kamu dan mencium dahimu buat kali terakhir,” tulisnya.

Zul yang tidak sempat ke upacara pengebumian Ashraf jelas masih tidak percaya sahabat lamanya itu sudah tiada.

Menurut Zul, Ashraf adalah individu yang pernah susah senang bersamanya sejak dulu.

Zul juga menyifatkan Ashraf adalah insan terbaik yang patut menjadi contoh disebabkan berjaya menjadi suami dan bapa sempurna dalam keluarganya.

“Kamu sentiasa teruja bercerita mengenai isteri dan anak kamu sehingga sampai ke tahap menjengkelkan. Bagaimanapun, itu adalah bukti kukuh betapa kuat cintamu kepada isteri dan keluarga dan itulah yang semua kami idamkan,” tulisnya.

Berita Berkaitan

  • Yuna dan Adam tiba di Jakarta

  • ’Ashraf sering utamakan kawan-kawan’

  • Noah sangat rapat dengan Ashraf Sinclair

  • 'Ashraf sangat hebat' - Aishah Sinclair

  • 'Apa salahnya kalau kasut saya buatan Gombak?'

  • BCL hilang kata-kata, masih terkejut

  • BCL mahu 'berdampingan' dengan Ashraf

  • 'Ashraf 'ada' di sini' - Mohamed Anthony John Sinclair

  • Aishah tergamam, panik dan pucat - Prem Shanker

  • Tasbih hitam sentiasa dalam genggaman

  • Ashraf Sinclair selamat dikebumikan

  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan

  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL

  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]

  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy

  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills

  • Pemimpin negara ucap takziah

  • 'Miss you guys so much'

  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella

  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah

  • Khabar berita ketika mula tugas

  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 5:58 PM