BUNGA CITRA LESTARI (tengah) masih lagi terkejut. FOTO DETIK.COM
BUNGA CITRA LESTARI (tengah) masih lagi terkejut. FOTO DETIK.COM
Agensi

“SAYA tak tahu nak cakap apa kerana masih terkejut. Saya masih berusaha untuk menerimanya. Kepada teman semua (wakil media), saya cuma mahu minta doa untuk Ashraf. Semoga diberi jalan yang lapang dan diberikan yang terbaik untuknya di sana,” kata isteri Allahyarham pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari atau BCL.

Ucapan ringkas itu dibuat penyanyi dan pelakon popular Indonesia itu kepada media selepas selesai urusan pengebumian suaminya.

Jenazah Ashraf dikebumikan di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat jam 4.47 petang waktu tempatan hari ini.

Terdahulu, Ashraf disahkan meninggal dunia pada jam 4.15 pagi waktu tempatan di Rumah Sakit MMC akibat serangan jantung.

BCL yang gagal menyembunyikan kesedihannya di atas kematian suami tercinta mengucapkan terima kasih dan memberitahu dia masih dalam kejutan.

“Saya tak tahu nak kata apa. Saya minta doakan untuk Ashraf dan juga Noah. Itu saja yang mampu saya ucapkan hari ini.

“Terima kasih kepada teman-teman semua. Saya harap semua akan beransur baik dalam masa terdekat ini,” katanya.

Berita Berkaitan

  • BCL mahu 'berdampingan' dengan Ashraf

  • 'Ashraf 'ada' di sini' - Mohamed Anthony John Sinclair

  • Aishah tergamam, panik dan pucat - Prem Shanker

  • Tasbih hitam sentiasa dalam genggaman

  • Ashraf Sinclair selamat dikebumikan

  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan

  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL

  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]

  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy

  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills

  • Pemimpin negara ucap takziah

  • 'Miss you guys so much'

  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella

  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah

  • Khabar berita ketika mula tugas

  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 8:00 PM