AISHAH Sinclair memegang potret arwah Ashraf. FOTO ihsan Twitter Yuna
AISHAH Sinclair memegang potret arwah Ashraf. FOTO ihsan Twitter Yuna

PENYANYI popular Yuna bersama suaminya, Adam Sinclair yang juga adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair tiba di Jakarta, Indonesia hari ini dari Amerika Syarikat (AS) untuk bersama-sama keluarga mereka.

Pasangan itu yang menetap di AS tidak sempat untuk menziarah jenazah Allahyarham yang dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Yuna menerusi Twitter yang dimuat naik hari ini memaklumkan dia bersama Adam sudah berada di Jakarta bersama keluarga mereka.

"Terima kasih semua di atas kiriman mesej. Kami amat merindui Ashraf. Alhamdulillah saya dan Adam kini berada di Jakarta bersama keluarga," tulisnya di Twitter.

Dalam hantaran itu, Yuna turut memuat naik foto bapa dan ibu mentuanya, Mohamad Anthony John Sinclair, Khadijah Abdul Rahman bersama Adam serta kakak iparnya, Aishah Sinclair yang memegang potret Ashraf.

Ashraf meninggal dunia di Hospital MMC, Jakarta, jam 4.15 pagi semalam akibat serangan jantung.

Ashraf mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005 sebelum mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia.

Dia kemudian berkahwin dengan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta dan dikurniakan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 10.

Berita Berkaitan

  • ’Ashraf sering utamakan kawan-kawan’

  • Noah sangat rapat dengan Ashraf Sinclair

  • 'Ashraf sangat hebat' - Aishah Sinclair

  • BCL hilang kata-kata, masih terkejut

  • 'Ashraf 'ada' di sini' - Mohamed Anthony John Sinclair

  • BCL mahu 'berdampingan' dengan Ashraf

  • Aishah tergamam, panik dan pucat - Prem Shanker

  • Tasbih hitam sentiasa dalam genggaman

  • Ashraf Sinclair selamat dikebumikan

  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan

  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL

  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]

  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy

  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills

  • Pemimpin negara ucap takziah

  • 'Miss you guys so much'

  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella

  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah

  • Khabar berita ketika mula tugas

  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 2:26 PM