ASHRAF bersama anaknya Noah.
ASHRAF bersama anaknya Noah.
Sudirman Mohd Tahir


“HUBUNGAN Noah dan bapanya (Allahyarham Ashraf) sangat rapat. Dia anak yang bijak dan faham erti kehilangan orang tersayang,” kata pelakon, Sazzy Falak yang juga rakan baik Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia di Jakarta, Indonesia, semalam.

Sazzy ketika berkata, bukan saja Noah Aidan Sinclair tapi isteri Ashraf iaitu penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan seluruh keluarga masih merasa kehilangan.

Sazzy yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia, semalam mengakui Ashraf sangat disayangi.

SAZZY Falak di tanah perkuburan Allahyarham Ashraf Sinclair. FOTO ihsan Instagram Sazzy Falak
SAZZY Falak di tanah perkuburan Allahyarham Ashraf Sinclair. FOTO ihsan Instagram Sazzy Falak

“Pemergian arwah dalam keadaan mengejut, jadi ia memberi tamparan hebat kepada mereka. Tentu saja semuanya sedih.

“Selepas selesai upacara pengebumian, saya meluangkan masa bersama Bunga, Aishah dan keluarga mereka sehingga malam tadi. Bunga okay dan boleh berbual.

“Namun, saya faham kesedihan yang dilalui. Mungkin apabila masih ramai keluarga datang menziarah, dia okay. Apabila sudah mula beransur pergi, pasti dia akan sunyi dan teringat arwah,” katanya kepada Harian Metro.

Sazzy berkata, suasana menjadi lebih pilu apabila melihat Noah tidak berhenti mengalirkan air mata.

“Mereka anak beranak sangat rapat. Semua tahu perkara itu. Saya percaya, Noah tahu bapanya sudah tiada,” katanya.

Menurut Sazzy, adik Ashraf iaitu Adam dan isterinya, Yuna dijangka tiba hari ini dari Amerika Syarikat.

“Saya difahamkan mereka akan sampai hari ini. Aishah dan keluarganya pula nak luangkan masa dengan Bunga dan Noah dulu. Tidak pasti bila mereka akan pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Ashraf yang mencipta nama di Indonesia, meninggal dunia pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada di Hospital MMC, Jakarta.

Berita Berkaitan

  • BCL hilang kata-kata, masih terkejut

  • 'Ashraf 'ada' di sini' - Mohamed Anthony John Sinclair

  • BCL mahu 'berdampingan' dengan Ashraf

  • Aishah tergamam, panik dan pucat - Prem Shanker

  • Tasbih hitam sentiasa dalam genggaman

  • Ashraf Sinclair selamat dikebumikan

  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan

  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL

  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]

  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy

  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills

  • Pemimpin negara ucap takziah

  • 'Miss you guys so much'

  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella

  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah

  • Khabar berita ketika mula tugas

  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia

  • 'Ashraf sangat hebat' - Aishah Sinclair

    'Apa salahnya kalau kasut saya buatan Gombak?'

  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 12:04 PM