ISA dilihat mencubit pipi seorang wanita yang jelas kelihatan kelibat Risteena. FOTO Instagram Isa
ISA dilihat mencubit pipi seorang wanita yang jelas kelihatan kelibat Risteena. FOTO Instagram Isa
Risteena (kiri) memuat naik gambar bersama pelakon Isa Khan.  FOTO Instagram Risteena
Risteena (kiri) memuat naik gambar bersama pelakon Isa Khan. FOTO Instagram Risteena
Sudirman Mohd Tahir


TINDAKAN pelakon Risteena Munim memuat naik video pendek di Instagram kelmarin memaparkan seorang lelaki sedang menyuapkannya makanan menimbulkan persoalan banyak pihak.

Malah, sebelumnya Risteena, 30, atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas turut memuat naik gambar seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam yang dikaburi dengan sejambak bunga.

Menguatkan lagi dakwaan identiti lelaki itu apabila Risteena memuat naik gambar bersama pelakon Isa Khan dan kakaknya, Farali Khan berserta kapsyen ‘Family’. Namun, gambar itu sudah dipadam.

Persoalan timbul, adakah mereka bersaudara?


Bagaimanapun, Risteena yang juga kakak kepada pelakon Ruhainies berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bukan daripadanya.

“Diharap semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang tidak keluar daripada mulut saya.

“Jangan hanya mendengar sebelah pihak agar tidak timbul spekulasi tidak benar,” katanya.

Sementara itu, pelakon Isa Khan turut memuat naik video pendek di Instagram Story dia bersama seorang wanita yang diletakkan emoji ‘love’.

Dalam satu lagi video lain, Isa dilihat mencubit pipi seorang wanita yang jelas kelihatan kelibat

Risteena.

ISA dilihat mencubit pipi seorang wanita yang jelas kelihatan kelibat Risteena. FOTO Instagram Isa
ISA dilihat mencubit pipi seorang wanita yang jelas kelihatan kelibat Risteena. FOTO Instagram Isa

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 1:49 PM