ELLY setakat ini hanya mampu duduk dan belum boleh berjalan. FOTO Instagram Elly Arifin
ELLY setakat ini hanya mampu duduk dan belum boleh berjalan. FOTO Instagram Elly Arifin
Rudy Imran Shamsudin


PENGACARA dan pelakon Elly Arifin mengalami keguguran akibat pendarahan dalaman sangat teruk dan terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam semalam.

Elly juga isteri kepada pelawak Mohammad Aizat atau Jiggy berkata, semalam dia dikejarkan ke hospital selepas pendarahan berlaku pada jam 1 tengah hari dan terus menjalani pembedahan pada jam 5 petang.

Katanya, ketika kejadian tumpah darah itu berlaku kandungannya sudah berusia enam minggu.

“Tiada apa yang dapat saya katakan, harap nanti dapat ketemu anak di syurga.

“Mama jumpa di syurga ya. Terima kasih sebab sudi kongsi badan dengan mama selama enam minggu. Walau tidak cukup sifat,” katanya.

Pengacara program Unplugged dan Hlive itu berkata, dia bersyukur kerana pembedahan berjalan lancar dan baik.

“Alhamdulillah tiada apa yang serius. Cuma buat masa ini perut terasa sakit.

“Setakat ini saya hanya mampu duduk dan belum boleh berjalan. Tapi doktor suruh juga berjalan supaya tiup pundi kencing boleh dicabut,” katanya.

Elly turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang bertanya mengenai status kesihatannya dan meminta supaya mendoakan dia cepat sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 12:59 PM