Elly Ariffin.
Elly Ariffin.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Video pelakon dan pengacara, Elly Ariffin berseloroh tidak diundang ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Jiggy Masin mengundang pelbagai perhatian di media sosial.

Elly atau nama sebenarnya, Nurul Elyana Kamalul Arifin berjenaka mengusik Jiggy sambil merakamkan wajah bekas suaminya dengan menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru.

"Kenapa kau (Jiggy) tak jemput aku eh? Kau kurang ajar ye. Aku kena jawab segala tomahan-tohmahan media tau.

"Segala keceman netizen aku kena sebab kau. Sebab kau, kau punca. Jadi orang kata aku gatal dengan bekas suami," kata Elly dalam video berkenaan.

Elly bergurau dengan pelawak itu mengapa tidak mengundang dia sewaktu hari pernikahannya bersama isteri baharu yang juga atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Elly berkata, dia sebagai bekas isteri terpaksa menjawab segala pertanyaan media mengenai berita pernikahan pelawak itu.

Sementara itu, Jiggy bagaimana pun tidak menjawab pertanyaan itu, namun ketawa sambil menjelaskan majlis resepsi masih belum berlangsung.

Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi yang mana ada yang terhibur melihat hubungan baik mereka namun ada juga yang kurang senang memandangkan mereka pernah berkongsi hidup bersama.

Pada 28 April lalu, Jiggy melangsungkan pernikahan dengan Dhabitah dalam satu majlis tertutup.

Elly dan Jiggy pernah mendirikan rumah pada 9 September 2016, tetapi bercerai pada Januari 2020.

Bagaimanapun, pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2023 @ 4:49 PM