Perkongsian Lufya di media sosial
Perkongsian Lufya di media sosial

Kuala Lumpur: "Pelanduk dua serupa, barangkali." Demikian tulis penyanyi, Lufya Omar dalam ruangan keterangan hantaran terbaharunya di Instagram, memaparkan sosok seorang pengantin wanita yang mirip wajahnya.

Dalam hantaran itu, Lufya berkata, ramai yang mengirimkan mesej dan video itu kepadanya, bertanya mengenai 'suami Arab'.

"Ramai pula yang DM (mesej), tanya (mengenai) suami baharu Arab," tulisnya.

Dalam ruangan komen, ramai pengikut dan sahabatnya yang turut mengiyakan mengenai kemiripan wajah Lufya dengan wanita dalam video itu.

"Ya Allah. Sama sangat. Masya-Allah," tulis penyanyi, Heliza Helmi.

"Bukan awak ke, sayang? Sebiji. Kalau betul pun, apa salahnya. Saya doakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin," tulis penyanyi, Ezlynn.

"Baru nak cakap, baiklah, tak jemput ke," tulis pelakon, Anita Baharom.

Lufya turut memberi kredit kepada pemilih video asal yang juga seorang jurugambar perkahwinan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 2:19 PM