EIFFEL muncul juara Ceria Megastar Ministar 2019. FOTO Azhar Ramli
EIFFEL muncul juara Ceria Megastar Ministar 2019. FOTO Azhar Ramli
Syafil Syazwan Jefri


PENTAS akhir Ceria Megastar Ministar malam tadi menyaksikan Eiffel Paul Pailus, 13, muncul juara sekali gus membawa pulanh hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Remaja kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu menyampaikan lagu medley Bohemian Rhapsody nyanyian asal Queen dan Talking to the Moon (Bruno Mars).

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan di atas kemenangan ini. Walaupun pernah tersingkir pada konsert minggu ketiga, saya sekali lagi diberi peluang apabila diserap semula sehingga ke pentas akhir," katanya.

Eiffel berkata, kemenangan itu adalah hadiah buat keluarga terutama bapanya.

"Ayah banyak berkorban untuk saya. Setiap minggu, dia akan terbang dari Sabah ke Kuala Lumpur dan kos perbelanjaan tiket penerbangan saja sekurang-kurangnya RM600 setiap minggu.

"Jadi, kemenangan ini adalah satu kejayaan untuk saya kongsikan bersama ayah dan seluruh keluarga," katanya.

Tempat kedua dimenangi Feli Stacy Paimin atau Cici yang menyampaikan lagu Ku Bersuara (Ernie Zakri) dan Hurt (Christina Aguilera). Cici membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Tempat ketiga puka dimenangi Muhammad Aliff Idham yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Sementara itu, tempat keempat dimenangi Qasrina Putri Adrianna Abdullah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 10:10 AM