Kumpulan Bora membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Kumpulan Bora membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Oleh Redzuan Muharam


Nusajaya: Kumpulan dari Singapura, Bora muncul juara program Projek Komedi Warna 2015 selepas menewaskan empat kumpulan lain pada peringkat akhir yang diadakan di Studio Pinewood, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM100,000, trofi selain layak secara automatik bersaing di gelanggang Maharaja Lawak musim 2015.

Naib juara milik kumpulan Puteh yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi kumpulan tunggal wanita, Awok dan kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi.

Tempat keempat dan kelima dimenangi kumpulan Ekzos dan kumpulan XOXO.

Masing-masing menerima wang tunai RM15,000 dan trofi sumbangan Astro.

Hadiah disampaikan Mentor peserta iaitu Azlee, Os dan Ilya.

Program yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD itu diadili tiga juri tetap iaitu Datuk Yusof Haslam, Ahmad Idham dan Fasha Sandha.

Format pemarkahan adalah 80 peratus daripada juri dan 20 peratus menerusi undian penonton.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 12:33 AM