Rajinikanth.
Rajinikanth.
Syanty Octavia Amry


Kepada peminat setia bintang filem Tamil, Rajinikanth, pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan filem Petta yang dikatakan lakonan terakhir pelakon hebat itu.

Filem yang ditayangkan sejak 10 Januari lalu sudah mencatat kutipan RM35 juta minggu ini merangkumi 22 negara kecuali India.

Dibawa syarikat produksi filem Hindi dan Tamil terbesar Malaysia, Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Petta adalah filem terbaik lakonan Rajinikanth yang kini berusia 68 tahun.

Pengarah Urusan Malik Streams, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, rata-rata yang menonton filem berkenaan terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat termasuk beberapa selebriti terkenal tempatan.

FILEM Petta antara lakonan terbaik Rajinikanth.
FILEM Petta antara lakonan terbaik Rajinikanth.

“Kebanyakan mereka menganggap Petta sebuah naskhah yang terbaik pernah dihasilkan bagi produksi filem Tamil.

“Filem ini antara lakonan terbaik Rajinkanth yang tampil dengan pelbagai lagaknya seakan-akan memberi ‘hadiah penutup’ buat filemnya,” katanya pada sesi tayangan istimewa filem berkenaan, baru-baru ini.

Turut hadir memberi sokongan ialah beberapa artis tempatan seperti Denes Kumar, Zizi Kirana, Jasmin Hamid, Norman Hakim, Bea Rameshan, Zalfazin, Syamel, Azman dan Muadz.

Petta mengisahkan seorang warden asrama, Kaali yang ceria dan disayangi semua orang.

Namun, di sebalik keceriaannya tersimpan beberapa perkara sedih membuatkan ramai yang terkejut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 1:00 PM