Sufian ucap selamat maju jaya kepada Elfira dan suaminya. FOTO NSTP
Sufian ucap selamat maju jaya kepada Elfira dan suaminya. FOTO NSTP
Najiy Jefri


“SELAMAT maju jaya untuk Elfira dan pasangannya,” kata penyanyi Sufian Suhaimi mengenai pernikahan bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy, hari ini.

Sufian ketika dihubungi berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan Elfira dengan Muhammad Faris Khairol Anuar.

“Tiada apa yang ingin saya katakan sebab kami sudah lama meneruskan kehidupan masing-masing.

“Saya pun gembira menikmati kehidupan saya sekarang,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Terdahulu Sufian dan Elfira bertunang pada Oktober 2017 dan mengambil keputusan untuk meleraikan ikatan terbabit empat bulan kemudian.

Elfira selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, pada pagi hari pertama tahun baharu 2019.

Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, majlis bermula 9 pagi itu berlangsung dalam majlis tertutup di Cyberjaya.

Berita berkaitan:Elfira Loy selamat bernikah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 2:35 PM