ZIZIE Ezette.
ZIZIE Ezette.
Ramlah Zainal


SELEPAS memiliki anak kembar lelaki yang kini berusia setahun, pelakon Zizie Ezette, 39, dijangka melahirkan bayi perempuan pula pada Mac depan.

Zizie menerusi akaun Instagram peribadinya hari ini berkongsi gambarnya yang kini sarat mengandung kehamilan keduanya itu.

"Girl, see you in March my sweet lil angel," tulisnya.

Laman Instagram miliknya itu turut menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya termasuk beberapa selebriti tempatan seperti pelakon Rebecca Nur Islam, dan personaliti TV3, Azliyanti Iberahim.

Bagaimanapun usaha Harian Metro untuk mendapatkan komen Zizie mengenai kehamilan keduanya itu gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp.

Zizie mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada 2009.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada tahun lalu.

Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Disember 2018 @ 11:52 AM