NINA Iskandar masih trauma akibat kemalangan November lalu. FOTO Instagram Nina Iskandar
NINA Iskandar masih trauma akibat kemalangan November lalu. FOTO Instagram Nina Iskandar
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON, Nina Iskandar, 27, berkongsi keadaan kesihatannya selepas terlibat dalam kemalangan pada penghujung November lalu.

Pelakon dari Brunei itu bagaimanapun meminta supaya tidak lagi diajukan soalan berkaitan kemalangan itu kerana dia sendiri masih dalam keadaan trauma.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memanjangkan usia saya dan menyelamatkan saya. Alhamdulillah, saya kini dalam proses pemulihan dan bagi menjalani rawatan di Brunei.

“Saya meminta kerjasama daripada pihak luar agar tidak mengungkit atau bertanya lagi mengenai kemalangan itu kerana saya tidak akan mengulas mengenainya,” katanya.

Tambahnya, dia menganggap apa yang berlaku punya hikmah tersendiri.

“Biarlah yang berlaku berlalu pergi. Cukuplah untuk saya anggap ia sebagai satu pengalaman pahit dalam hidup saya. Saya percaya, mungkin ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

Nina juga berkata, tempoh rawatannya akan berlangsung selama dua minggu sebelum kembali bekerja seperti biasa.

“Insya-Allah, dalam dua minggu lagi, kerja dan rutin normal saya akan kembali seperti biasa. Doakan yang terbaik buat saya dan segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Dalam kemalangan itu, Nina adalah mangsa langgar lari yang menyebabkan berlaku kecederaan di bibir dan dipercayai retak tulang belakang.

Berita berkaitan:

  • Nina Iskandar jalani rawatan di Brunei
  • Nina Iskandar cedera, kereta 'total lost'
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Disember 2018 @ 1:45 PM