Isteri Hairul hamil anak kedua. FOTO IG
Isteri Hairul hamil anak kedua. FOTO IG
Najiy Jefri


PELAKON Hairul Azreen berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Hanis Zalikha kini hamil anak kedua.

Berita itu disahkan Hairul menerusi akaun Instagram peribadinya, hari ini.

"Alhamdulillah, insya-Allah Yusuf Iskandar bakal dapat adik, terima kasih Allah," tulisnya ringkas.

Difahamkan pasangan itu bersama keluarga Hanis kini bercuti di Jepun.

Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Yusuf Iskandar, 2.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 8:10 PM