Ayda Jebat
Ayda Jebat
Cik Pang

Ada segelintir artis apabila sudah popular, mulalah berlagak ‘diva’ dengan peminat mahu pun media.

Cik Pang juga pernah dengar ada artis tarik muka apabila peminat mahu merakamkan gambar bersama.

Malah, ada juga artis yang sanggup lalu pintu belakang acara hanya kerana enggan bertemu dengan peminat yang banyak membantu menaikkan nama mereka.

Berbeza pula dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat apabila dikhabarkan rajin melayan peminat meskipun namanya sudah terkenal di dalam dan luar negara.

Bahkan, dia sentiasa mencari masa membalas komen pengikut di media sosial.

Ia sekali gus membutikan dia tidak merasakan peminatnya membebankan.

Cik Pang turut dimaklumkan, Ayda masih melayan peminat dan media sehingga acara tamat baru-baru ini.

Sungguh berbeza cara penyanyi Mata ini berbanding sesetengah artis lain yang pantas menghilangkan diri sejurus selepas acara selesai.

Jadi, tidak hairanlah kemesraan Ayda membuatkan namanya terus kukuh dalam industri hiburan.

Cik Pang berharap artis baru mencontohi sikap Ayda sekiranya mahu berjaya dan bertahan lama dalam industri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Ogos 2018 @ 1:10 AM