Sanisah turut rancang melancarkan. FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI
Sanisah turut rancang melancarkan. FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI veteran, Sanisah Huri, 66, berkongsi impian untuk mengadakan konsert di Malaysia di samping menerbitkan buku autobiografi dirinya.

Namun, itu semua mampu menjadi kenyataan sekiranya ada penganjur yang boleh menjadi penganjur konsert buat artis berasal dari Singapura itu.

“Menjadi impian saya mengadakan konsert di Malaysia. Alhamdulillah, saya masih menerima liputan di Singapura.

“Baru-baru ini, saya terbabit acara anjuran akhbar di Singapura. Di situ, saya mempersembahkan 14 lagu-lagu saya yang pernah popular,” katanya kepada Harian Metro.

Selain menyimpan impian mengadakan konsert di Malaysia, penyanyi lagu Si Baju Hijau itu turut merancang menerbitkan buku autobiografinya.

“Ini salah satu lagi impian saya. Mungkin boleh diselitkan gambar-gambar sepanjang kerjaya seni saya berlangsung sejak beberapa dekad lalu.

“Menerusi buku itu, saya boleh berkongsi pengalaman selama 50 tahun bergelar anak seni,” katanya.

Apa pasti, namanya akan sentiasa menjadi peneman setiap kali menjelang Aidilfitri menerusi lagu-lagu malar hijau dendangannya seperti Bersabarlah Sayang dan Aidilfitri.

Terbaru, Sanisah terbabit dalam album Gema Lebaran Legenda yang menampilkan 12 penyanyi hebat antaranya Ziana Zain, Salma Asis, Salamiah Hassan dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Jun 2018 @ 4:55 PM