Aprena turunkan berat badan dari 54 kepada 47 kilogram. FOTO IG Aprena Manrose
Aprena turunkan berat badan dari 54 kepada 47 kilogram. FOTO IG Aprena Manrose
Norhayati Nordin


PELAKON Aprena Manrose, 25, mengakui dia hanya mengamalkan diet dalam pemakanan untuk menurunkan berat badannya.

Aprena ketika ditemui berkata dia sudah amalkan diet sejak tiga bulan lalu dan teruja dengan hasil kejayaan diperoleh.

Ujarnya, dia yang mempunyai berat asal 54 kilogram (kg) berjaya turun sebanyak tujuh kg menjadikan berat kini 47 kg.

"Sebenarnya, saya terpaksa menurunkan berat badan semata-mata untuk menzahirkan watak Afia Awliya atau Pia dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita yang disiarkan slot Aksia TV3 baru-baru ini.

"Dengan berat badan asal 54 kg, saya nampak gempal. Jadi, saya diminta turunkan sedikit berat badan supaya nampak kurus di dalam TV.

"Jadi, saya ambil cabaran itu dengan amalkan diet pemakanan iaitu hanya sarapan pagi dengan roti dan yogurt setiap hari," katanya.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata untuk makan tengah hari dan malam pula, dia ambil dalam kuantiti sedikit.

"Makan tengah hari dan malam saya ambil untuk bekal bertenaga sepanjang tempoh bekerja. Alhamdulillah, sekarang saya makin selesa dengan kaedah diet diamalkan.

"Sekarang, saya hanya perlu kekalkan berat badan 47 kg yang diperoleh ini saja. Kalau nak turun pun, cukup sekadar 45 kg.

"Apapun, kini saya puas hati kerana hasil kurus itu sudah nampak. Saya hanya kena jaga maknan untuk terus kekalkan," katanya.

Drama Tiada Arah Jodoh Kita yang menggandingkan Aprena sebagai heroin bersama pelakon Shukri Yahaya ternyata berjaya melonjakkan nama, bakat dan populariti dirinya sekelip mata.

Aprena lahir dalam keluarga seni dengan mewarisi bakat lakonan ibunya, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dan bapanya pula cukup terkenal sebagai penyanyi dangdut era 1990-an, Iwan.

Selain itu, Aprena juga adik pelakon Oktavia Manrose adalah sepupu kepada pelakon Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.

Aprena yang sudah mendirikan runah tangga dengan Mohd Afiq Hazman, 31, pada November 2016 berkata suaminya sangat menyokong karier seni diceburi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mei 2018 @ 12:33 PM