ANAK pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar bersama kucing kesayangannya Bujibu.
ANAK pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar bersama kucing kesayangannya Bujibu.
HM Digital

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Metro Ahad yang dikasihi.

Diharapkan hari minggu ini membawa 1,001 keceriaan buat anda semua.

Kehidupan di dunia ini dikongsi dengan pelbagai makhluk ciptaan Allah SWT. Antara yang hidup bersama-sama kita ialah haiwan.

Mereka adalah makhluk yang diciptakan untuk memberi faedah yang banyak kepada manusia.

Selain berfungsi sebagai sumber makanan, haiwan juga diperlukan sebagai pelengkap hidup seseorang.

Adik percaya ramai dalam kalangan kita yang gemar memiliki haiwan peliharaan sendiri dan ia sudah menjadi kebiasaan kita semua.

Kucing, arnab, ikan, tupai dan sebagainya sering dijadikan binatang peliharaan di rumah. Malah, ada yang dibelai dan dijaga seperti anak sendiri.

Adik lihat ramai selebriti tanah air gemar membela kucing yang comel dan berkongsi kehidupan mereka menerusi Instagram.

Bagaimanapun, adik terkilan dan kecewa apabila masih ada manusia yang kejam dan tidak berhati perut. Baru-baru ini Adik terbaca kisah 17 kucing peliharaan seorang individu yang menetap di Kuantan, Pahang mati dipercayai diracun.

Memang kejam individu yang tergamak melakukan perkara sebegini lebih-lebih lagi terhadap makhluk yang tidak memberikan kemudaratan kepada sesiapa.

Sikap sebahagian masyarakat hari ini yang suka menyeksa binatang banyak tersebar dalam Internet berserta video yang menyedihkan.

Tidakkah Islam mengajar kita untuk saling kasih-mengasihani.

Barangkali kurang kesedaran dan perasaan kasih sayang terhadap haiwan menjadi punca kekejaman terhadap haiwan terus berlaku.

Adik sangat berharap masyarakat dapat memahami bahawa haiwan juga memerlukan kasih sayang dan mereka juga berasa sakit sekiranya didera atau dipukul.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa berbuat baik terhadap haiwan meskipun ia bukan haiwan peliharaan atau haiwan yang dianggap najis di sisi masyarakat Islam seperti anjing mendapat ganjaran pahala.

Justeru Adik berharap, kita sama-sama pupuk nilai kasih sayang dalam diri kita untuk saling mengasihi. Tidak kiralah terhadap keluarga mahupun makhluk lain.

Tutup cerita mengenai haiwan peliharaan,

kita bercakap mengenai insan yang akan saya pelihara rasa kasih dan sayang terhadap mereka ini selama-lamanya insya-Allah iaitu AJscreamer.

Selesai Anugerah Meletop Era baru-baru ini dan walaupun tidak menang apa-apa anugerah di dalam majlis itu, Adik bersyukur AJscreamer masih setia menyayangi Adik dan tidak putus menyokong Adik.

Semoga kasih anda kekal selamanya. Kita bersedia untuk anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 pula tidak lama lagi ya! Jangan lupa teruskan mengundi! #KasihKita

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 April 2018 @ 1:31 PM