Michelle Gun


WALAUPUN dua kali membuat permohonan maaf menerusi syarikatnya, NH Prima International Sdn Bhd semalam dan secara peribadi di Instagram hari ini, Neelofa terus dikecam malah ada pengikutnya bertelagah sesama sendiri berhubung kontroversi membabitkan pengacara dan pelakon popular itu.

Setakat ini, status di Instagram @neelofa itu menerima lebih 17,600 komen dengan sebahagian besarnya berunsur negatif serta kecaman.

Namun, ramai juga pengikutnya menerima permohonan maaf pelakon itu dan turut memberi kata-kata semangat kepadanya.

Perbalahan tercetus apabila pengikut yang mempertahankan pelakon kesayangan mereka dikecam 'haters'.

Masing-masing mahu pelakon cantik itu diberi peluang dan dimaafkan.

Ada juga andaian mengatakan Neelofa sengaja mencipta kontroversi bagi mengalih perhatian netizen terhadap majlis persandingan pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura yang menjadi bualan hangat di media sosial.

Selain itu, ada segelintir pengikut meninggalkan komen mahu berhenti mengikuti Instagram pelakon Suri Hati Mr Pilot itu.

Disebabkan, kontroversi terbabit, Neelofa kehilangan lebih 100,000 pengikut Instagram daripada 5.5 juta pengikut dan kini berjumlah 5.4 juta.

Berita berkaitan:

Pengajaran bermakna, saya minta maaf...

'Minta maaf ok' kata otai

Jangan ulang isu sensitif

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Mac 2018 @ 7:35 PM