CHEW Kin Wah dalam filem Cek Toko Sebelah. FOTO IMDB
CHEW Kin Wah dalam filem Cek Toko Sebelah. FOTO IMDB
Amirul Haswendy Ashari


PELAKON Malaysia yang mula membina nama di Indonesia, Chew Kin Wah, 52, sekali lagi mencipta sejarah peribadi apabila dinobatkan Pelakon Pembantu Pilihan Tempo melalui filem Cek Toko Sebelah di Festival Filem Tempo (FFT) di Jakarta, hari ini.

"Maafkan bapak karena enggak bisa buat 'speech'. Semua dialog di cek Toko Sebelah dibuat oleh Ernest Prakasa. Terima kasih, terima kasih kepada juri Festival Film Tempo," katanya dalam Bahasa Indonesia ketika memberi ucapan selepas kemenangan.

Pelakon filem itu mengalahkan Fuad Idris dalam filemBid’ah Cinta, Bron Palarae (Pengabdi Setan), Yayu Unru (Posesif) serta Yono Daryono untuk filem Turah.

Sebelum ini, Chew pernah dinobatkan Pemeran Pendukung Pria Terbaik melalui filem sama di Indonesian Box Office Movie Awards 2017 (IBOMA 2017) yang berlangsung Mac lalu.

Dalam filem Cek Toko Sebelah, Chew memegang watak Koh Afuk, pemilik kedai yang mahu menyerahkan perniagaannya kepada anaknya, Edwin lakonan Ernest Prakasa.

Filem itu mencatat lebih dua juta tontonan ketika ditayangkan di Indonesia pada Disember tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2017 @ 11:43 PM