Afiq-Ardell dikatakan sedang dilamun cinta peringkat serius.
Afiq-Ardell dikatakan sedang dilamun cinta peringkat serius.

Bukan main bersungguh teman Cik Pang bercerita mengenai kisah cinta yang sedang berputik antara dua pelakon, Afiq Muiz dan Ardell Aryana.

Dakwa teman Cik Pang, percintaan mereka sudah ke peringkat serius dan dijangka akan ke fasa seterusnya.

Ada juga dengar ura-ura, mereka bakal menamatkan zaman bujang masing-masing pada Oktober depan. Betul ke?

Ikutkan, bukan seorang dua bercerita hal sama. Pada pelancaran treler filem terbaru Afiq, I Am Not Terrorist beberapa minggu lalu, Ardell turut kelihatan bersama-sama menemani teman lelakinya itu.

Pada acara itu, mereka dilihat cuba sembunyikan hubungan mesra yang wujud. Ada juga teman Cik Pang yang cuba merisik tetapi alasannya sekadar datang menemani kawan baik sahaja.

Dakwa teman lain pula, Afiq dan Ardell mula bercinta selepas diperkenalkan adik Afiq, Aishah Azman yang kebetulan rakan baik Ardell.

Cik Pang tidak kisahlah siapa kenalkan kepada siapa atau mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan teman Cik Pang mengenai hubungan cinta mereka berdua.

Cuma kalau betul nak kahwin, jangan lupa jemput teman-teman media ya! Jangan pula main sorok-sorok macam segelintir artis.

Yalah, bila bab promosi produk, bukan main baik dengan teman media tapi bila bab kahwin boleh pula main tarik tali.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 9:18 AM