Tanpa angin dan ribut, tiba-tiba saja Cik Pang dengar cerita pelakon jelita Nora Danish singkir pengurus yang juga pembantu peribadinya begitu saja.

Nora dipercayai menyampaikannya melalui pesanan ringkas aplikasi WhatsApp kepada bekas pengurusnya yang dikenali dengan panggilan Mat, tanpa notis 24 jam.

Betulkah apa yang Cik Pang dengar ini? Setahu Cik Pang, pengurusnya itu sudah lama berkhidmat dengan Nora dan tidak pernah pula dengar ada masalah yang timbul.

Cik Pang pun cuba selidik, benarkah apa yang Cik Pang dengar dan mengapa Nora bertindak begitu? Kata teman Cik Pang, Nora kini melantik teman lelakinya, Bosned sebagai pengurus dan PA nya. Biar betul.

Tapi yang tak sedap didengar ialah teman Cik Pang mendakwa bapa Bosned tidak lagi membantunya dari segi sumber kewangan selepas Bosned berdepan dengan isu membabitkan bapanya.

Malah dakwa teman Cik Pang, sekarang Nora pula yang terpaksa menanggung segala macam hal untuk teman lelakinya.

Lebih kasihan, Nora turut didakwa menjadi pak turut apa saja kehendak dan kemampuan teman lelakinya, sehingga kalau Nora terpaksa ke mana-mana acara, bukan teman lelakinya itu yang membantu, sebaliknya Nora terpaksa lakukan sendiri.

Dakwa teman Cik Pang, Bosned hanya ‘pose cantik’ saja menemani Nora ke acara hiburan atau sesi penggambaran. Terbalik pula bila fikirkan apakah itu tugas sebenar seorang pengurus dan pembantu peribadi?

Cik Pang percaya, Nora atau Bosned ada alasan sendiri mengapa terpaksa berbuat begitu, terutama tindakan Nora menyingkirkan Mat yang sekian lama berkhidmat untuk Nora.

Cik Pang nak tunggu saja apa jawapan mereka nanti untuk jernihkan keadaan yang Cik Pang sifatkan tidak adil kepada bekas pengurus/pembantu peribadi dan pada Nora sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:09 AM