Fattah akan hadapi ujian akhir . FOTO HM/KHAIRUL AZHAR AHMAD
Fattah akan hadapi ujian akhir . FOTO HM/KHAIRUL AZHAR AHMAD
Michelle Gun


BINTANG drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin mengakui gementar untuk menduduki ujian akhir semester bagi empat subjek yang berlangsung minggu ini.

"Walaupun sudah membuat ulang kaji awal, sudah tentu perasaan gementar menghadapi ujian datang," katanya.

Pelajar semester keempat ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kuala Lumpur itu berkata, dia membawa nota ke lokasi penggambaran sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan itu.

€œApabila peperiksaan semakin hampir, saya akan mencuri masa untuk membuat ulang kaji terutamanya pada masa terluang dan sebelum tidur," katanya.

Fattah berkata, pihak pengurusan membantu mengaturkan jadual tugasan sehariannya supaya tidak bertindih dengan karier seninya dan waktu menghadiri kuliah.

"Dengan cara itu, saya boleh menghadiri kuliah dan menduduki ujian tanpa sebarang gangguan," katanya.

Buat masa ini, Fattah sibuk dengan penggambaran drama baru adaptasi siri popular Korea Selatan, Coffee Prince yang turut dibintangi Janna Nick.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 4:38 PM