Adam mendapat rawatan di hospital. FOTO ADAM HAMID
Adam mendapat rawatan di hospital. FOTO ADAM HAMID
Amirul Haswendy Ashari


PELAKON dan pengarah, Adam Hamid, 44, dilaporkan kini kritikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Pelakon dikenali melalui drama Sayang di Sayang dan filem Pontianak Harum Sundal Malam itu mulai jatuh sakit pada Ramadan lalu.

Perkara itu diketahui melalui kiriman pesanan Whatsapp oleh ahli keluarga Adam kepada beberapa rakan artis, awal pagi, hari ini.

"Sebelum ini, Adam ada mengirim pesanan ringkas melalui Whatsapp memohon semua rakan mendoakan kesembuhan kerana dia sedang sakit pada Ramadan lalu.

"Tapi apabila ditanya jenis penyakit, dia hanya mendiamkan diri," kata pelakon Aznah Hamid, rakan artis.

Selain berlakon, pelakon berasal dari Kelantan itu pernah mengarah drama fantasi seperti Duyung Aridinata, Sumpah Bunian dan Julia Juli Bintang Tiga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 1:12 PM