Noryati dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas. FOTO fail HM
Noryati dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas. FOTO fail HM
Amirul Haswendy Ashari


PELAKON drama, Noryati Taib, 59, yang dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru semalam, mula menunjukkan perubahan positif, tengah hari tadi.

Berita baik itu dikongsi pengarah Shahrulezad Mohamedin yang juga anak saudaranya.

Katanya, ibu saudaranya yang dipanggil Mak Uda mula sedar dari koma kira-kira jam 12.45 tengahari.

"Tapi disebabkan terlalu ramai yang datang melawatnya, doktor terpaksa menidurkannya semula kerana situasi itu membuatkan dia sukar untuk bernafas dengan normal.

"Tujuan 'induced coma' adalah bagi memberi ruang kepada Mak Uda untuk berehat agar paru-paru yang dijangkiti kuman dapat pulih sepenuhnya," katanya.

Shahrulezad turut berterima kasih kepada semua peminat dan rakan artis yang tidak putus mendoakan kesihatan Mak Uda sejak laporan berita mengenai keadaan pelakon itu tular semalam.

Dia berharap peminat dan rakan-rakan yang datang melawat dapat memberi ruang kepada ibu saudaranya itu berehat.

Noryati yang dikenali dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary melalui beberapa drama sebelum ini, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas, semalam.

Pelakon itu pernah menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes di hospital sama minggu lalu.

Berita berkaitan:

Makcik Petir kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2017 @ 7:35 PM