Nubhan ceria bersama Afifah sambut kelahiran anak perempuan. FOTO NUBHAN
Nubhan ceria bersama Afifah sambut kelahiran anak perempuan. FOTO NUBHAN
Georgie Joseph


ISTERI kepada penyanyi Nubhan, 31, iaitu Afifah Hidayah Taufek, 28, selamat melahirkan cahaya mata perempuan jam 9.45 malam tadi.

Nubhan berkata, bayi seberat tiga kilogram yang diberi nama Aafiya Kamilia itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.

“Rasa macam tak percaya saya kini sudah bergelar bapa. Saya harap dia akan menjadi anak solehah dan berjaya dalam hidup.

"Sebagai ibu bapa baru, kami akan bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik dalam membesarkan Aafiya," katanya.

Nubhan juga meminta peminatnya supaya mendoakan yang baik-baik buat anak sulung mereka itu.

"Kepada semua peminat, doakan anak saya membesar dengan sempurna dan sihat," katanya.

Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 29 Ogos 2015 di kediaman keluarga Afifah di Seremban.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 6:24 PM