Jenama Chocodap's diusahakan May Sarah dan Mohamad Farhan diiktiraf sebagai The Brandlaureate The World's First Halal BestBrand E-Branding Award 2020.
Jenama Chocodap's diusahakan May Sarah dan Mohamad Farhan diiktiraf sebagai The Brandlaureate The World's First Halal BestBrand E-Branding Award 2020.

Kuala Lumpur: Chocodap's menerusi kempen Grand Rewards menawarkan ganjaran hadiah bernilai RM100,000 untuk dimenangi.

Pelbagai hadiah lumayan dan menarik ditawarkan antaranya motosikal, telefon pintar termasuk barang kemas untuk dimenangi.

Menerusi kempen berkenaan juga 10 pemenang bertuah bakal membawa pulang RM1,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM10,000.

Penyertaan kempen yang bermula bulan ini hingga Jun depan terbuka kepada seluruh ejen, dropship termasuk pelanggan.

Syaratnya, ejen, dropship atau pelanggan hanya perlu melakukan pembelian coklat keluaran Chocodap's terutama produk terbaharu iaitu 'Milk Chocolate Mini Bites'.

Pengasasnya, May Sarah Nadiah Meor Mohamad dan Mohamad Farhan Mohamad Zainuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif menekankan, kempen ini sebagai inisiatif penghargaan kepada ejen dan dropship jenama itu.

"Tak susah untuk menang. Hanya perlu beli produk Chocodap's, siapa tahu hadiah lumayan mungkin bakal jadi milik anda.

"Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan peluang pendaftaran dropship secara percuma." katanya.

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman sesawang www.chocodaps.com.

Dalam pada itu, mereka menambah, kempen ini merupakan anjuran kali ketiga sejak penubuhan syarikat.

Bezanya tempoh kempen kali ini dipendekkan ke enam bulan sahaja berbanding 12 bulan. Hingga kini, syarikat ini memiliki lebih 55,000 agen dan 'dropship' berdaftar dengan dua gudang serta dibantu oleh 40 orang kakitangan.

Jenama yang diiktiraf sebagai The Brandlaureate The World's First Halal BestBrand E-Branding Award 2020 ini berasal daripada gabungan 'chocolate' dan 'sedap' dan legasinya bermula sejak 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 5:47 PM